Jumaat, 2 Januari 2015

SELAMAT TINGGAL 2014 & Selamat Tahun Baru 2015

Pada kesempatan ini, saya mahu ucapkan Selamat Tahun Baru 2015... Sekiranya terdapat kesilapan sepanjang tahun 2014....
Sekiranya ada azam tahun 2014 yang masih belum berjaya dicapai lagi, mari kita berusaha untuk mencapainya juga pada tahun 2015 ini... Jangan biarkan usaha anda yang belum tercapai itu, dibiarkan begitu sahaja... Hargailah usaha anda selama ini....
Cabaran kita untuk beberapa tahun yang akan datang ini sudah tentu akan menjadi lebih mencabar lagi. 
Untuk mewujudkan satu generasi pilihan, bukanlah satu usaha yang mudah. Walau bagaimanapun ia perlu ada permulaannya. Kita memerlukan Perancangan dan Halatuju untuk melaksanakannya......
Perubahan ini sememangnya sukar kerana ia akan mengubah semua kelaziman kita. Namun begitu perubahan adalah perlu kerana tanpa perubahan hidup kita akan menjadi statik dan tiada cabaran....
Hakikatnya,, kita tidak akan dapat mencapai matlamat baru dengan cara kerja atau sikap yang lama. Jika perubahan adalah sesuatu yang perlu, kenapakah ramai yang cuba menghalang dan menolak perubahan? Lazimnya bukan perubahan itu yang ditakuti dan ditolak, tetapi Tuhan lah yang menjadi keutamaan didalam kehidupan kita. Meskipun kita ini sering melakukan kesilapan dan kelalaian,, kita sentiasa sedar dan sering diberi peluang oleh Tuhan... Tidak ada orang lain yang dapat mengubah kita melainkan Hanya diri kita sendiri yang mahu atau tidak berubah.
AMEN..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan